Tuesday, November 11, 2008

World 2.0 ?!

Awal Bulan November 2008 menyaksikan satu perubahan plot dalam sistem demokrasi di Amerika Syarikat. Negara yang dikenali negara "Uncle Sam" itu sekarang hanya bernamakan orang putih namun sekarang negara itu diperintah oleh warganya yang berketurunan "African-American", suatu kaum yang berimigrasi dari benua Afrika semasa awal kurun ke-20.

Perubahan itu menyaksikan semua mata mula melihat kemampuan masyarakat orang putih di Amerika menerima pemerintahan satu negara bukan pemerintahan berasaskan ras (kaum). Namun adakan perkembangan ini memberi kesan positif atau sebaliknya kepada Amerika amnya dan dunia khasnya.


Kebolehannya dalam berpidato menyebabkan beliau mudah mendapat tempat dalam dalam persaingan parti dan diterima sebagai President Amerika Syarikat ke-44. Kemenangannya menyebabkan banyak negara di dunia mula berfikir ingin turut mengikut jejak langkah negara Uncle Sam itu. Namun jika kita lihat mengapa negara itu sanggup menyerahkan White House bukan kepada orang putih. Dilihat keadaan ekonomi Amerika sekarang yang dianggap terburuk dalam sejarah Amerika menyebabkan rakyat mula mencari pendekatan altenatif semasa mereka membuang undi. Semasa kempen pemilihan jawatan president Obama menekankan bahawa beliau akan menarik kembali tentera di Iraq dan Afghanistan. Konsep satu negara satu bangsa juga menjadi punca kemenangan kepada Barrack Obama

Jika dilihat mengapa Amerika memutuskan menerima Obama kita perlu mengkaji negara Amerika secara menyeluruh. Negara Amerika adalah negara jajahan British namun disebabkan bapa kemerdekaan mereka, Amerika Syarikat (USA) dapat mencapai kemerdekaan dari British. Disebabkan negara itu mengamalkan konsep "free country" pada awal kurun 20 banyak imigran dari seluruh pelusuk dunia menetap dan memulakan hidup baru di Amerika. Dari golongan-golongan tersebut terdapat juga mereka yang berkemahiran memajukan negara Amerika sampai negara itu mampu menyaingi Soviet Union dan kini Amerika menjadi polis dunia kerana kemampuan ekonomi,tentera dan ilmu mereka.

Jadi apabila difikirkan tempoh matang negara Amerika, negara itu sudah lama merdeka dan masyarakat orang putih sudah terbela dengan jayanya dibanding negara kita Malaysia. Jadi bila dikaji adakan orang Melayu boleh pemerintahan dari bangsa lain jawapannya mungkin belum sampai waktunya. Sama juga isu ini dijawap oleh Perdana Menteri Singapura yang mengatakan mungkin belum sampai lagi masa orang bukan Cina memerintah Singapura.

Mungkin negara kita negara berbilang kaum namun kemampuan masyarakat Melayu itu bersaing dengan masyarakat menyebabkan orang Melayu wajib memerintah Malaysia buat masa ini untuk membebaskan pemikiran masyarakat Malaysia seluruhan dari kesan dasar pecah dan perintah yang diamalkan British dalam dasar pemerintahan mereka semasa di Tanah Melayu.

Satu lagi aspek yang harus kita ambik kira ketidakbolehan penarikan "Tongkat" dalam pengajaran masyarakat Melayu. Memang benar Melayu mudah mendapat pinjaman,bantuan namun apalah guna jika tidak dibantu dengan ilmu untuk menguruskan pinjama, perniagaan tersebut. Lebih 90 peratus peniaga kecil dan sederhana (IKS) lumpuh selepas lebih 5 tahun beroperasi.

Sikap hendak cepat kaya dan iri hati sesama bangsa menyebabkan bangsa Melayu akan terus mundur dalam persaingan mereka dalam cuba menguasai ekonomi. Seharusnya masyarakat Melayu belajar membuang "Tongkat" dan belajar dahulu ilmu pengurusan sebelum membina satu-satu empayar peniagaan.

Secara kesimpulannya, kejayaan Obama dipilih sebagai President Amerika Syarikat ke-44 adalah tanda aras dunia kearah kematangan menerima cara kerja seseorang dan bukannya berdasarakan ras semata-mata. Jadi masyarakat diseluruh dunia terutama masyarakat peribumi yang berstatus pemerintah harus sedar akan kemahuan rakyat dan terus membetulkan negara masing-masing demi kesejahteraan negara dan masyarakat.

No comments: