Monday, December 8, 2008

Militan Dan Agama

Seperti mengadaptasi drama bersiri popular 24 musim terbaru hampir begitulah yang berlaku di Mumbai,India. Jika difikir logik adakah mereka ini berjuang kerana agama ataupun sekadar berjuang demi fahaman. Dari pendangan Islam sendiri mengharamkan membunuh orang awam walaupun dalam menegakkan jihad dalam peperangan.

Maka mereka ini berjihad untuk agama ataupun persatuan? Fikirkan sendiri adakah mereka pejuang ataupun pengganas itu terpulang kepada pendapat masing-masing.

Kita mula terdengar istilah "pengganas" digunakan sejak kejadian 11 Sepetember 2001 dimana bumi negara Uncle Sam diserang dengan bersenjatakan kapal terbang komersial. Kita tidak mahu membincangkan adakan itu tipu ataupun angkara pengganas sejati tapi kesannya pada kelahiran puak-puak kecil dalam membina hasrat menggunakan kekerasan dalam menegakkan ideologi masing-masing. Mangsanya tetap sama orang awam. Apalah salah mereka kerana setia kepada negara tempat mereka lahir.

Salahkanlah kepada pengubal dasar-dasar luar negara dan pemimpin-peminpin negara yang rakus dan celupar dalam menegakkan pendirian tanpa memikirkan nasib rakyat jelata. Dunia moden ini kita sudah boleh berfikir dan kita harus hentikan kekerasan ke atas muka bumi ini kerana kesannya amat buruk sekali. Sudah lupakah kemusnahan Eropah semasa peperangan Dunia 1 dan 2 yang mana bagaikan punahranah segala benda dimasa itu. Jadi ambillah iktibar dan mulakan rundingan kerana kekerasan tidak akan ada titik noktahnya.

Jadi berfikirlah secara rasional dan hayati betul-betul ajaran agama agar tidak mudah dimanipulasikan oleh pihak-pihak yang berkepentingan.



Teori Dr M

Disebabkan kerakusan dalam memanipulasikan ruangan kapatilisma, kini negara-negara barat sudah mula menerima kesan buruk dari segi kelembapan ekonomi. Disebabkan usaha untuk kaya yang teramat sangat dan ketidak hadiran sistem yang mampu mengawal ekonomi dari mudah dimanipulasikan menyebabkan banyak negara mengalami kemelesetan ekonomi sejagat yang terburuk dalam sejarah.

Jikalau dahulu semasa negara Asia umumnya dan Malaysia khasnya banyak negara meragui malah menyelar tindakan yang dilakukan oleh mantan perdana menteri Malaysia ke-4 Tun Dr Mahathir dalam usaha menyelamatkan GLC dan syarikat-syarikat yang berkepentigan kepada negara dari jatuh muflis.

Namun setelah sepuluh tahun berlaku kini kita sendiri melihat banyak negara menjilat "ludah" mereka dengan memiliknegarakan syarikat-syarikat yang berkepentingan disesebuah negara. Kesan dari teori Dr M setidak-tidaknya menyelamatkan negara kita daripada terpaksa meminjam kepada IMF dan sekaligus menyelamatkan penjajahan cara baru dari berlaku. Selain itu, dengan penambatan ringgit menjadikan ekonomi kukuh dan bergerak dengan lebih lancar lagi. Akhir-akhir ini kembali terdengar suara yang kembali menyokong cadangan Dr M yang tidak dapat dilaksanakan iaitu penggunaan "Dinar Emas" dalam matawang.

Cadangan ini gagal pada masa dahulu namun kini ia kembali diperkatakan kerana harga emas yang lebih stabil dipasaran global. Justeru itu diharap negara-negara yang terencat ekonomi agar membuang rasa ego mereka dengan terpaksa menerima pakai cara penyelesaian ekonomi yang hadirnya dari golongan negara dunia ke-3. Semoga ekonomi dunia kembali stabil.

Lembah Klang Rapuh?

Selalu kita dengan kejadian tanah runtuh terutama apabila berada di musim tengkujuh. Apabila sudah berlaku semua pihak mula tundig-menunding kepada siapa harus dipersalahkan. Sedia kita maklum kejadian tanah runtuh kerap kali berlaku disana-sini sekitar Lembah Klang sejak tahun 90-an lagi.

Namum sikap seperti hangat-hangat tahi ayam dalam menangani sesuatu kes menyebabkan sesuatu kejadian tidak dijadikan batu asas agar kejadian tanah runtuh tidak berulang kembali. Kerakusan kontraktor-kontraktor dan budaya "gila duit" menjadikan nyawa orang dijadikan pertaruhan walaupun kawasan itu tidak selamat didirikan rumah. Disebabkan keinginan untuk cepat kaya dan permintaan untuk hidup gah dan tinggi di puncak "awangan" menjadikan "Safety First" tidak diambil peduli. Moga dengan musibah yang menimpa warga Bukit Antarabangsa kita jadikan iktibar agar membina bangunan di kawasan yang lebih selamat di masa akan datang. Kepada ahli keluarga yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh Bukit Antarabangsa diharap menerima dugaan dengan tabah. Moga dengan kejadian ini menjadi titik noktah kepada sikap kerakusan manusia dari merobek bukit-bukitan di masa depan.

Friday, November 14, 2008

Kenangan lama teringat kembali (IIM moment to remember)

Sejak belajar di KL banyak pengalaman indah yang tidak dapat dilupakan. Dari usia belasan hingga kini sudah berusia 22 tahun, banyak peristiwa masih segar dalam ingatan. Dari IIM ke MIIT, banyak kenangan yang masih segar ibarat baru semalam di Pertama.

Teringat Pak Usop yang taat menjaga lifnya tanpa jemu membuatkan pengalaman berebut lif dengan Pak Usop tidak boleh dilupakan. Tanpa tekanan tanpa perlu ingat "Timetable",tengok sahaja di RG sudah dah tahu mana hendak dituju selanjutnya. Kekurangan dari segi alatan belajar namun tunjuk ajar pensyarah masih mudah difahami. Kalau "Break" selalu "menghusha" talipon bimbit dan bermain permainan kereta di SOGO.

Sebelum mula kelas pagi-pagi satu kelas turun "mengeteh" di kedai mamak dekat depan Odeon sambil melihat "Jam" pagi-pagi di KL. Tidak terasa tekanan langsung bila di sana seperti hilang masalah belajar buat seketika . Tapi semua ini hanya tinggal kenangan.

Walaupun kecil berbanding kini namun sifat kekeluargaan amat terasa di IIM Komplek Pertama. Hampir semua warga bergaul bersama tidak kira dimana sahaja. Lepak bersama dekan dan pensyarah adalah rutin harian tanpa rasa janggal. Itulah kelebihan dahulu berbanding sekarang. Kini IIM sudah tidak ada lagi dan hanya tinggal sejarah. Kini MIIT mengambil nama baru hasil penggabungan dengan IPROM dan FCET. Maka ramailah warga MIIT dan lokasi sudah berubah. Maka Pertama hanya tinggal sejarah yang akan kekal bersama memori ingatan semua bekas warganya.

Terima Kasih IIM, semoga kenangan ini kekal dalam memori bekas-bekas warga IIM Komplek Pertama Kuala Lumpur.

Wednesday, November 12, 2008

Pengangkutan Awam Tidak Efficent?!

Jika dilihat negara kita kini terutama bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bharu dan Pulau Pinang, jumlah mereka yang memiliki kenderaan sendiri adalah lebih tinggi berbanding kawasan-kawasan lain di Malaysia. Mengapa ini berlaku walaupun pengangkutan awam bersepah di sana sini?

Persoalan ini boleh kita jawap apabila kita bertanya kepada orang ramai mengapa kenderaan sendiri menjadi pilihan berbanding dengan pengangkutan awam. Tidak seperti di New York dimana warganya lebih gemar menggunakan pengangkutan awam kerana boleh capaian pengangkutan awam tersebut ke lokasi-lokasi yang dikehendaki adalah lebih bemudah dan murah berbanding dengan kenderaan sendiri.
Berbeza dengan negara kita dimana perancangan bandar yang gagal atau tidak memikirakaan capai penduduk untuk menggunakan pengangkutan awal dari mula mereka menetap disesuatu kawasan menyebabkan mereka sudah terbiasa untuk bergerak menggunakan kenderaaan sendiri.

Selain faktor kegagalan sistem perancangan bandar dan penempatan, faktor lain ialah harga pengangkutan awam yang agak mahal menyebabkan pengangkutan itu kurang digemari. Bersangkut paut harga bahan bakar pasaran dunia dijadikan alasan untuk menaikkan harga minyak padalah sektor pengangkutan awam banyak diberi suntikan subsidi oleh kerajaan. Idea pengangkutan percuma atau lebih murah harus dilaksanakan agar dapat megurangkan bilangan kereta dan motosikal di jalan raya sekaligus mengurangkan kadar pencemaran karbon monoksida dan juga pengurangan risiko kemalangan jiwa dari berlaku.

Faktor lain adalah ketepatan durasi masa dan jumlah bas ataupun pengangkutan awam yang disediakan terhad dan ada yang uzur menyebabkan pengguna tidak selesa dan lebih suka memilih kenderaan sendiri untuk ketempat kerja ataupun ke destinasi yang hendak dituju. Selain itu,ungkapan ibarat "hangat-hangat tahi ayam" begitulah ungkapan yang boleh diberi kepada sistem jalan khas untuk kenderaan awam yang pernah dilaksanakan yang bertujuan untuk memberi keutamaan kepada kenderaan awam namun kini hanya tinggal "Line" sahaja. Ketidak tegasan dan kegagalan perubahan sikap menjadikan sistem ini luput ditelan masa.

Oleh itu, semua pihak terutama pihak berkuasa tempatan dan kerajaan haruslah peka dalam meningkatkan capaian sistem pengangkutan awam supaya dapat mengurangkan kebanjiran kenderaan awam di jalan raya dan secara tidak langsung mengurangkan kemalangan jiwa dan pencemaran. Selain itu, jika capaian pengangkutan awam ini lebih efficent maka rakyat yang tidak memiliki kenderaan boleh bergerak dengan bebas dan secara tidak langsung boleh menjana ekonomi negara secara keseluruhannya. Maka majukanlah efficency pengangkutan awam untuk keselesaan dan kemudahan kepada rakyat seluruhnya.