Tuesday, November 11, 2008

Tongkat, sampai biler?

Sudah lebih 5o tahun negara kita Malaysia meraikan kemerdekaan yang amat-amat berharga setelah lebih 300 tahun dicabuli hak sebagai bangsa yang berdaulat. Namun disebabkan ilmu yang cetek menyebabkan rakyat yang terutamanya Melayu Bumiputra ketinggalan dalam segala hal.

Disebabkan ingin menyamakan jurang pendapatan rakyat antara luar bandar dan bandar, DEB dirangka dan diguna pakai sebagai formula untuk membawa Melayu Bumiputra ke landasan yang sama dengan masyarakat lain di Malaysia. Pemberian bantuan kewangan dan latihan diberi demi memartabatkan bangsa demi kesejahteraan masyarakat Melayu.

Namun setelah lebih 30 tahun perlaksanaannya hanya segelintir atau boleh dikatakan tidak ramai yang berjaya atas nama dasar itu. Ini disebabkan rasa iri hati, tidak yakin dengan kerja bangsa sendiri dan sikap tidak mahu menanggung risiko menyebabkan bangsa Melayu masih mundur dan terkebelakang dalam hampir semua bidang.

Jika kita kaji semua Melayu Bumiputra sebenarnya boleh melakukan lebih baik jika dikurangkan pertolongan "Tongkat" dalam kamus hidup mereka. Budaya "Do it yourself" perlu dipupuk dari kecil agar lama-kelamaan budaya minta "Tongkat" dapat dihapuskan.


Agak malu jika dilihat banyak produk-produk Bumiputra gagal atau seperti ibarat "hidup segan mati tak mahu." Sebagai contoh peluang perniagaan di Arked-arked MARA seluruh negara yang dikhaskan untuk goglongan Bumiputra tidak dimanfaatkan sebaiknya. Sebaliknya lebih rela melakukan perniagaan secara bersendiri walaupun tidak berilmu pengetahuan dalam melakukannya. Sikap ego dan iri hati sesama bangsa menjadikan bangsa Melayu Bumiputra terus jatuh seperti sifat "ketam yang menarik ketam lain dari melepasi bekas" menjadikan bangsa Melayu berada ditakuk lama.

Faktor globalisasi dan dunia digital perlu dimanfaatkan. Faktor globalisasi boleh kita ambil faedah seperti mana Melaka suatu ketika dahulu amat terkenal kerana perdagangannya. Jadik masyarakat Melayu harus mengikis sifat "takpe kalau susah kerajaan tolong" kepada bertekad memajukan diri sendiri.

Kerajaan juga seharusnya memainkan peranan berterusan dalam membantu mengubah "point of view" bangsa Melayu agar dari meminta pertolongan kepada bangsa berjaya. Kerajaan juga harus mengubah sistem pendidikan negara agar selari dengan kehendak global dan menerapkan budaya perniagaan dalam kamus hidup setiap warganya. Bantu berterusan seperti kemudahan tapak perniagaan,marketing,nasihat pakar harus disediakan supaya perniagaan itu berjaya tidaklah seperti "melepaskan anak penyu baru menetas ke laut." Jika kita ambik contoh penyu baru menetas dan kita aplikasikan dalam hidup pasti kita tahu kalau tanpa tunjuk ajar berterusan pasti perniagaan itu pasti gagal.


Jika kita masih ingat kerajaan pernah mengambil keputusan untuk menghasupkan kouta kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), peratusan Melayu Bumiputra memasuki atau layak ke IPTA jauh melebihi daripada semasa dasar kouta diperkenalkan.

Sehubungan itu semua pihak harus mengubah sikap dalam memajukan bangsa mereka sendiri khususnya Melayu Bumiputra kerana merekalah yang paling banyak ketinggalan dalam semua bidang. Kerajaan juga harus memainkan peranan lebih serius dalam membangunkan bangsa dengan memberi modal dan tunjuk ajar kepada mereka agar berjaya dan diharap boleh membantu orang lain dimasa kelak. Jika bangsa majoriti berjaya maka seluruh negara akan menerima impaknya.

Kesimpulannya, Melayu Bumiputra harus mengikis sikap meminta "Tongkat" dan perlu mengubah sikap kepada bangsa yang lebih berusaha agar kesejahteraan bangsa umumnya dan negara khasnya dapat dinikmati semua kaum. Amalan "Tongkat" perlulah ditarik secara perlahan-lahan agar anak bangsa tidak mudah melatah jika berlaku sesuatu yang diluar jangkaan kepada ekonomi negara dan dunia.


No comments: