Monday, December 8, 2008

Militan Dan Agama

Seperti mengadaptasi drama bersiri popular 24 musim terbaru hampir begitulah yang berlaku di Mumbai,India. Jika difikir logik adakah mereka ini berjuang kerana agama ataupun sekadar berjuang demi fahaman. Dari pendangan Islam sendiri mengharamkan membunuh orang awam walaupun dalam menegakkan jihad dalam peperangan.

Maka mereka ini berjihad untuk agama ataupun persatuan? Fikirkan sendiri adakah mereka pejuang ataupun pengganas itu terpulang kepada pendapat masing-masing.

Kita mula terdengar istilah "pengganas" digunakan sejak kejadian 11 Sepetember 2001 dimana bumi negara Uncle Sam diserang dengan bersenjatakan kapal terbang komersial. Kita tidak mahu membincangkan adakan itu tipu ataupun angkara pengganas sejati tapi kesannya pada kelahiran puak-puak kecil dalam membina hasrat menggunakan kekerasan dalam menegakkan ideologi masing-masing. Mangsanya tetap sama orang awam. Apalah salah mereka kerana setia kepada negara tempat mereka lahir.

Salahkanlah kepada pengubal dasar-dasar luar negara dan pemimpin-peminpin negara yang rakus dan celupar dalam menegakkan pendirian tanpa memikirkan nasib rakyat jelata. Dunia moden ini kita sudah boleh berfikir dan kita harus hentikan kekerasan ke atas muka bumi ini kerana kesannya amat buruk sekali. Sudah lupakah kemusnahan Eropah semasa peperangan Dunia 1 dan 2 yang mana bagaikan punahranah segala benda dimasa itu. Jadi ambillah iktibar dan mulakan rundingan kerana kekerasan tidak akan ada titik noktahnya.

Jadi berfikirlah secara rasional dan hayati betul-betul ajaran agama agar tidak mudah dimanipulasikan oleh pihak-pihak yang berkepentingan.



Teori Dr M

Disebabkan kerakusan dalam memanipulasikan ruangan kapatilisma, kini negara-negara barat sudah mula menerima kesan buruk dari segi kelembapan ekonomi. Disebabkan usaha untuk kaya yang teramat sangat dan ketidak hadiran sistem yang mampu mengawal ekonomi dari mudah dimanipulasikan menyebabkan banyak negara mengalami kemelesetan ekonomi sejagat yang terburuk dalam sejarah.

Jikalau dahulu semasa negara Asia umumnya dan Malaysia khasnya banyak negara meragui malah menyelar tindakan yang dilakukan oleh mantan perdana menteri Malaysia ke-4 Tun Dr Mahathir dalam usaha menyelamatkan GLC dan syarikat-syarikat yang berkepentigan kepada negara dari jatuh muflis.

Namun setelah sepuluh tahun berlaku kini kita sendiri melihat banyak negara menjilat "ludah" mereka dengan memiliknegarakan syarikat-syarikat yang berkepentingan disesebuah negara. Kesan dari teori Dr M setidak-tidaknya menyelamatkan negara kita daripada terpaksa meminjam kepada IMF dan sekaligus menyelamatkan penjajahan cara baru dari berlaku. Selain itu, dengan penambatan ringgit menjadikan ekonomi kukuh dan bergerak dengan lebih lancar lagi. Akhir-akhir ini kembali terdengar suara yang kembali menyokong cadangan Dr M yang tidak dapat dilaksanakan iaitu penggunaan "Dinar Emas" dalam matawang.

Cadangan ini gagal pada masa dahulu namun kini ia kembali diperkatakan kerana harga emas yang lebih stabil dipasaran global. Justeru itu diharap negara-negara yang terencat ekonomi agar membuang rasa ego mereka dengan terpaksa menerima pakai cara penyelesaian ekonomi yang hadirnya dari golongan negara dunia ke-3. Semoga ekonomi dunia kembali stabil.

Lembah Klang Rapuh?

Selalu kita dengan kejadian tanah runtuh terutama apabila berada di musim tengkujuh. Apabila sudah berlaku semua pihak mula tundig-menunding kepada siapa harus dipersalahkan. Sedia kita maklum kejadian tanah runtuh kerap kali berlaku disana-sini sekitar Lembah Klang sejak tahun 90-an lagi.

Namum sikap seperti hangat-hangat tahi ayam dalam menangani sesuatu kes menyebabkan sesuatu kejadian tidak dijadikan batu asas agar kejadian tanah runtuh tidak berulang kembali. Kerakusan kontraktor-kontraktor dan budaya "gila duit" menjadikan nyawa orang dijadikan pertaruhan walaupun kawasan itu tidak selamat didirikan rumah. Disebabkan keinginan untuk cepat kaya dan permintaan untuk hidup gah dan tinggi di puncak "awangan" menjadikan "Safety First" tidak diambil peduli. Moga dengan musibah yang menimpa warga Bukit Antarabangsa kita jadikan iktibar agar membina bangunan di kawasan yang lebih selamat di masa akan datang. Kepada ahli keluarga yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh Bukit Antarabangsa diharap menerima dugaan dengan tabah. Moga dengan kejadian ini menjadi titik noktah kepada sikap kerakusan manusia dari merobek bukit-bukitan di masa depan.