Wednesday, November 12, 2008

Pengangkutan Awam Tidak Efficent?!

Jika dilihat negara kita kini terutama bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bharu dan Pulau Pinang, jumlah mereka yang memiliki kenderaan sendiri adalah lebih tinggi berbanding kawasan-kawasan lain di Malaysia. Mengapa ini berlaku walaupun pengangkutan awam bersepah di sana sini?

Persoalan ini boleh kita jawap apabila kita bertanya kepada orang ramai mengapa kenderaan sendiri menjadi pilihan berbanding dengan pengangkutan awam. Tidak seperti di New York dimana warganya lebih gemar menggunakan pengangkutan awam kerana boleh capaian pengangkutan awam tersebut ke lokasi-lokasi yang dikehendaki adalah lebih bemudah dan murah berbanding dengan kenderaan sendiri.
Berbeza dengan negara kita dimana perancangan bandar yang gagal atau tidak memikirakaan capai penduduk untuk menggunakan pengangkutan awal dari mula mereka menetap disesuatu kawasan menyebabkan mereka sudah terbiasa untuk bergerak menggunakan kenderaaan sendiri.

Selain faktor kegagalan sistem perancangan bandar dan penempatan, faktor lain ialah harga pengangkutan awam yang agak mahal menyebabkan pengangkutan itu kurang digemari. Bersangkut paut harga bahan bakar pasaran dunia dijadikan alasan untuk menaikkan harga minyak padalah sektor pengangkutan awam banyak diberi suntikan subsidi oleh kerajaan. Idea pengangkutan percuma atau lebih murah harus dilaksanakan agar dapat megurangkan bilangan kereta dan motosikal di jalan raya sekaligus mengurangkan kadar pencemaran karbon monoksida dan juga pengurangan risiko kemalangan jiwa dari berlaku.

Faktor lain adalah ketepatan durasi masa dan jumlah bas ataupun pengangkutan awam yang disediakan terhad dan ada yang uzur menyebabkan pengguna tidak selesa dan lebih suka memilih kenderaan sendiri untuk ketempat kerja ataupun ke destinasi yang hendak dituju. Selain itu,ungkapan ibarat "hangat-hangat tahi ayam" begitulah ungkapan yang boleh diberi kepada sistem jalan khas untuk kenderaan awam yang pernah dilaksanakan yang bertujuan untuk memberi keutamaan kepada kenderaan awam namun kini hanya tinggal "Line" sahaja. Ketidak tegasan dan kegagalan perubahan sikap menjadikan sistem ini luput ditelan masa.

Oleh itu, semua pihak terutama pihak berkuasa tempatan dan kerajaan haruslah peka dalam meningkatkan capaian sistem pengangkutan awam supaya dapat mengurangkan kebanjiran kenderaan awam di jalan raya dan secara tidak langsung mengurangkan kemalangan jiwa dan pencemaran. Selain itu, jika capaian pengangkutan awam ini lebih efficent maka rakyat yang tidak memiliki kenderaan boleh bergerak dengan bebas dan secara tidak langsung boleh menjana ekonomi negara secara keseluruhannya. Maka majukanlah efficency pengangkutan awam untuk keselesaan dan kemudahan kepada rakyat seluruhnya.

No comments: