Monday, December 8, 2008

Militan Dan Agama

Seperti mengadaptasi drama bersiri popular 24 musim terbaru hampir begitulah yang berlaku di Mumbai,India. Jika difikir logik adakah mereka ini berjuang kerana agama ataupun sekadar berjuang demi fahaman. Dari pendangan Islam sendiri mengharamkan membunuh orang awam walaupun dalam menegakkan jihad dalam peperangan.

Maka mereka ini berjihad untuk agama ataupun persatuan? Fikirkan sendiri adakah mereka pejuang ataupun pengganas itu terpulang kepada pendapat masing-masing.

Kita mula terdengar istilah "pengganas" digunakan sejak kejadian 11 Sepetember 2001 dimana bumi negara Uncle Sam diserang dengan bersenjatakan kapal terbang komersial. Kita tidak mahu membincangkan adakan itu tipu ataupun angkara pengganas sejati tapi kesannya pada kelahiran puak-puak kecil dalam membina hasrat menggunakan kekerasan dalam menegakkan ideologi masing-masing. Mangsanya tetap sama orang awam. Apalah salah mereka kerana setia kepada negara tempat mereka lahir.

Salahkanlah kepada pengubal dasar-dasar luar negara dan pemimpin-peminpin negara yang rakus dan celupar dalam menegakkan pendirian tanpa memikirkan nasib rakyat jelata. Dunia moden ini kita sudah boleh berfikir dan kita harus hentikan kekerasan ke atas muka bumi ini kerana kesannya amat buruk sekali. Sudah lupakah kemusnahan Eropah semasa peperangan Dunia 1 dan 2 yang mana bagaikan punahranah segala benda dimasa itu. Jadi ambillah iktibar dan mulakan rundingan kerana kekerasan tidak akan ada titik noktahnya.

Jadi berfikirlah secara rasional dan hayati betul-betul ajaran agama agar tidak mudah dimanipulasikan oleh pihak-pihak yang berkepentingan.



No comments: