Monday, December 8, 2008

Teori Dr M

Disebabkan kerakusan dalam memanipulasikan ruangan kapatilisma, kini negara-negara barat sudah mula menerima kesan buruk dari segi kelembapan ekonomi. Disebabkan usaha untuk kaya yang teramat sangat dan ketidak hadiran sistem yang mampu mengawal ekonomi dari mudah dimanipulasikan menyebabkan banyak negara mengalami kemelesetan ekonomi sejagat yang terburuk dalam sejarah.

Jikalau dahulu semasa negara Asia umumnya dan Malaysia khasnya banyak negara meragui malah menyelar tindakan yang dilakukan oleh mantan perdana menteri Malaysia ke-4 Tun Dr Mahathir dalam usaha menyelamatkan GLC dan syarikat-syarikat yang berkepentigan kepada negara dari jatuh muflis.

Namun setelah sepuluh tahun berlaku kini kita sendiri melihat banyak negara menjilat "ludah" mereka dengan memiliknegarakan syarikat-syarikat yang berkepentingan disesebuah negara. Kesan dari teori Dr M setidak-tidaknya menyelamatkan negara kita daripada terpaksa meminjam kepada IMF dan sekaligus menyelamatkan penjajahan cara baru dari berlaku. Selain itu, dengan penambatan ringgit menjadikan ekonomi kukuh dan bergerak dengan lebih lancar lagi. Akhir-akhir ini kembali terdengar suara yang kembali menyokong cadangan Dr M yang tidak dapat dilaksanakan iaitu penggunaan "Dinar Emas" dalam matawang.

Cadangan ini gagal pada masa dahulu namun kini ia kembali diperkatakan kerana harga emas yang lebih stabil dipasaran global. Justeru itu diharap negara-negara yang terencat ekonomi agar membuang rasa ego mereka dengan terpaksa menerima pakai cara penyelesaian ekonomi yang hadirnya dari golongan negara dunia ke-3. Semoga ekonomi dunia kembali stabil.

No comments: