Sejak belajar di KL banyak pengalaman indah yang tidak dapat dilupakan. Dari usia belasan hingga kini sudah berusia 22 tahun, banyak peristiwa masih segar dalam ingatan. Dari IIM ke
MIIT, banyak kenangan yang masih segar ibarat baru semalam di
Pertama.

Teringat Pak Usop yang taat menjaga lifnya tanpa jemu membuatkan pengalaman berebut lif dengan Pak Usop tidak boleh dilupakan. Tanpa tekanan tanpa perlu ingat "
Timetable",tengok sahaja di RG sudah dah tahu mana hendak dituju selanjutnya. Kekurangan dari segi alatan belajar namun tunjuk ajar pensyarah masih mudah difahami. Kalau "
Break" selalu "
menghusha" talipon bimbit dan bermain permainan kereta di
SOGO.

Sebelum mula kelas pagi-pagi satu kelas turun "
mengeteh" di kedai mamak dekat depan
Odeon sambil melihat "
Jam" pagi-pagi di KL. Tidak terasa tekanan langsung bila di sana seperti hilang masalah belajar buat seketika . Tapi semua ini hanya tinggal kenangan.

Walaupun kecil berbanding kini namun sifat kekeluargaan amat terasa di
IIM Komplek Pertama. Hampir semua warga bergaul bersama tidak kira dimana sahaja. Lepak bersama dekan dan pensyarah adalah rutin harian tanpa rasa janggal. Itulah kelebihan dahulu berbanding sekarang. Kini IIM sudah tidak ada lagi dan hanya tinggal sejarah. Kini
MIIT mengambil nama baru hasil penggabungan dengan IPROM dan FCET. Maka ramailah warga
MIIT dan lokasi sudah berubah. Maka
Pertama hanya tinggal sejarah yang akan kekal bersama memori ingatan semua bekas warganya.
Terima Kasih IIM, semoga kenangan ini kekal dalam memori bekas-bekas warga
IIM Komplek Pertama Kuala Lumpur.